Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengharamkan Islam Hadhari. Apakah tidak sempurna lagi Islam ciptaan Allah hingga kita perlukan Islam dgn jenama baru ciptaan Pak Lah?
Siapakah kita yg begitu berani, begitu pandai, begitu hebat utk menokok tambah kepada ciptaan agama ciptaan Allah? MasyaAllah, bertaubatlah..
Apakah pembangunan tamadun yang gemilang, cemerlang dan terbilang yang hendak dicapai melalui islam Hadhari sedangkan kemerosotan kuasa pemerintah yg begitu teruk dengan kejatuhan 4 buah negeri ke tangan pembangkang dan kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen yg sedang mengheret era pentadbirannya ke zaman yg cukup gelap adalah hasil daripada tindak balas rakyat terhadap Islam Hadhari dan hukuman Allah terhadap pemerintahan sekarang yang disisih oleh Allah dari keberkatannya.
Kesan dari Islam Hadhari yang jelas ialah rakyat khususnya orang bukan Islam makin terkeliru. Ada yang dah mula bertanya “Pak lah bikin Islam baru kah?”
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment